Selasa, 4 Mac 2014

Rindu opah

Assalamualaikum semua
Wit wit...~T_T~
Berjumpa kita di new entry ..
Hmm rasa rindu pulak kat arwah opah. Hmmm dah hampir setahun lebih aku tak balik selayang sebab opah dah tak ada. Even sedare ada pun lain rasanya layanan makcik and pakcik berbanding nenek sendiri.
Opah ...... rindu opah.
Setiap kali solat aku akan doakan kesejahteraan opah kat alam sana.
Ada ciri² cucu yang baik tak ? He he he #^_^#
Kepada yang ada nenek atok tu hargai lah mereka semasa hayatnya.
Bye berjumpa kita di lain entry. ♡♡ ﹋o﹋

Isnin, 3 Mac 2014

My idol

kasih sayang seorang anak terhadap ibunya dengan sanggup menjaga ibunya selama 24 jam telah membuka mata aku. Bertapa sayang dan cintanya mereka pada ibu kandung mereka.
Mereka hadir dalam hidup aku. Dan aku menjadikan mereka idola untuk aku kerana kasih sayang mereka pada ibu mereka. Mereka ialah ibuku dan makcikku.
Setelah setahun lebih opah sakit mak kecik akulah yang menjaga makan minum opah semenjak opah terlantar tidak berdaya. Aku hanya melihat opah hanya dijaga oleh makcik ku sahaja mungkin dia belum berkahwin membuatkan masa dia lebih banyak menjaga opah berbanding adik beradiknya yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Setelah hampir setahun lebih opah sakit. Akhirnya opah telah meninggal pada 17/11/2012.
Seorang lagi membuatkan hati aku tersentuh ialah ibuku yang mengorbankan 24 jam menjaga nenekku sehingga kini. Family aku tinggal tidak jauh dari rumah nenek berbanding makcik aku yang lain. Mereka merupakan idola buat aku agar menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa. Amin.....

Isnin, 6 Januari 2014

Sad Story

Telefon berdering ! Nama kawanku tertera pada skrin. Aku mengangkat.
Aku terdengar satu suara yang teresak-esak. Mungkin baru lepas menangis, hati aku menduga.

Kenapa ? Itu yang terluncur dari bibirku. S dah tak ada ! Itulah jawapannya.

p/s: harap maaf kerana nama tidak di mention

Tak ada ? Fikiranku terganggu ! Apa  yang mahu disampaikan. Fikiranku buntu atau..... Apakah dia mahu mengatakan bahawa s sudah.. Aku kehilangan kata²...tak dapat untuk aku teruskan.

Dia dah meninggal ! Itu yang ku dengar, bagaikan tidak percaya.
Meninggal , diriku kaku, fikiranku buntu. Apakah ini benar atau semata² rekaan. Tapi tak mungkin, tak mungkin kawan ku menangis kerana satu kebohogan ini.
Macam mana dia meninggal ? Hatiku meronta² inginkan kepastian.
Akhirnya aku mengetahui sebab akan kematiannya.

p/s: harap maaf kerana sebab kematian arwah tidak dapat dikongsi

Ya Allah ! Itulah yang terpancul dari mulutku selepas mendengar penjelasan kawanku

Bila ? Hati aku tertanya². Baru kejap tadi. Itulah jawapanya.

Setelah menamatkan telefon aku masih dalam keadaan sama iaitu kaku. Fikiranku melayang jauh, jiwa ku kosong.
Hatiku masih bertanya apakah Kau sudah menggambilnya ? Kenapa begitu cepat ? Namun apakan daya, itu memang janjiNya. Cepat atau lambat aku juga akan menemuiNya juga.

Aku terkenang akan satu peristiwa yang menyadarkan tentang perasaanku padanya.

Sawaktu itu kami low form, pada awal tahun itu kecoh mengatakan arwah menyukai seorang budak perempuan di kelas kami.
Selepas mendengar berita itu, membuatkan aku merasa iri hati. Aku juga tidak tahu kenapa dengan perasaanku. Akhirnya baru ku tahu aku sudah mula menyukainya.
Tapi kenapa sekarang kenapa tidak dulu lagi, disaat dia mula meminati perempuan lain yang juga satu kelas danganku, sedangkan aku mengenalinya dari kecil.
Hatiku sedih namun apakan dayaku.
Tidak lama kemudian mereka telah bergelar pasangan kekasih. Walaupun hati ini berat menerima hakikat namun aku tabahkan jua. Aku tetap terseyum walau hati ini menangis :'(

Aku tersentak dari lamunanku...
aku teringat akan satu ayat yangku hafal dan berbunyi........
"Janganlah simpan kata²  cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meniggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata² cinta itu di pusaranya......."

Itulah yang sedang menimpa diriku ketika ini. Namun aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan takdir. Takdir yang tidak pernah menyatukan kami. Dan lebih memeritkan lagi, aku tidak diberi peluang untuk meluahkan isi hati ini kerana.............
Satu ketika dulu aku pernah disia²kan  oleh seorang yang amatku sayang dan tepat untuk diriku ialah orang yang benarku cinta. Ya ! Cinta....... Cinta yangku lafas dari hati hanya untuk si dia.

"Sebaliknya ucapkanlah kata² cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya."

Aku tidak mampu melaksanakan baris akhir ayat² ini kerana aku pernah melalui satu situasi yang sukar diungkap dengan kata².
Hancur..............
Berkecai................
Berderai.................
Sisa² itulah yang masih aku rasakan.

Kerana tragedi inilah yang membuatkan aku pendam perasaan pada arwah sehingga dia menutup mata.
Itu janji Allah...... Setiap yang hidup pasti akan merasai mati termasuk aku. Jauh disudut hati ini, aku tidak sanggup menghadap Dia sekarang kerana aku masih berlimpangan dengan dosa². Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu lari dari membuat kesalahan. Ku ringankan tangan dan ku hulurkan doa buat arwah agar dia ditempatkan bersama² orang beriman. Amin........... :'(

Akan aku simpan sebuah cerita cinta tidak kesampaian ini dalam hati dan akan aku jadikan pedoman pada masa akan datang.

Siang melabuhkan tirainya dan malam menjelang. Aku melangkah masuk ke dalam rumah arwah bersama² kawan²ku. Aku melihat suasana pilu bersama² tangisan yang bersisa.
Aku tabahkan hati untuk terus melangkah masuk dan menahan rasa sebak yang semakin menusuk.

Beberapa minit menunggu, akhirnya ketibaan jazad arwah tiba. Sejurus kain kapan dibuka untuk memperlihatkan bawah jenazah buat kali terakhir.
Ya Allah.....aku tidak dapat menahan rasa sebak yang kini menghantui. Sejurus mata ini melihat muka jenazah, perasaan yang dibendung dari tadi tidak dapat ditahan lagi lalu mata ini mengalirkan air yang begitu deras dan sukar untuk ditahan.

Suasana semakin sesak, ramai yang berebut² melihat jenazah buat terakhir kali. Aku mengundurkan diri untuk memberi peluang pada yang lain. Sesekali aku menoleh ke belakang terasa mahu saja aku duduk di depan sekali. :'(

Aku pulang. Aku merebahkan diriku di katil. Jasadku disini tapi hati dan fikiranku masih terkenang peristiwa tadi. Hatiku semakin sayu.....
Air mata yang ditahan mengalir lagi. Aku tidak mampu menahan rasa sedih dan sebak ini. Aku dihujani dengan air mata. Aku teruskan menangis sepuas²nya........

Tiba² aku teringat akan kata² ustaz dan ustazah yang mengatakan selepas 7 langkah orang meninggalkan kubur maka datanglah malaikat untuk menyoal.
Ya Allah........ Kau ampunilah arwah ketika hayatnya dan Kau tempatkanlah arwah di sisi² Mu Ya Allah.......
Hanya itu yang mampu ku berikan pada arwah.......:'(