Selasa, 4 Mac 2014

Rindu opah

Assalamualaikum semua
Wit wit...~T_T~
Berjumpa kita di new entry ..
Hmm rasa rindu pulak kat arwah opah. Hmmm dah hampir setahun lebih aku tak balik selayang sebab opah dah tak ada. Even sedare ada pun lain rasanya layanan makcik and pakcik berbanding nenek sendiri.
Opah ...... rindu opah.
Setiap kali solat aku akan doakan kesejahteraan opah kat alam sana.
Ada ciri² cucu yang baik tak ? He he he #^_^#
Kepada yang ada nenek atok tu hargai lah mereka semasa hayatnya.
Bye berjumpa kita di lain entry. ♡♡ ﹋o﹋

Isnin, 3 Mac 2014

My idol

kasih sayang seorang anak terhadap ibunya dengan sanggup menjaga ibunya selama 24 jam telah membuka mata aku. Bertapa sayang dan cintanya mereka pada ibu kandung mereka.
Mereka hadir dalam hidup aku. Dan aku menjadikan mereka idola untuk aku kerana kasih sayang mereka pada ibu mereka. Mereka ialah ibuku dan makcikku.
Setelah setahun lebih opah sakit mak kecik akulah yang menjaga makan minum opah semenjak opah terlantar tidak berdaya. Aku hanya melihat opah hanya dijaga oleh makcik ku sahaja mungkin dia belum berkahwin membuatkan masa dia lebih banyak menjaga opah berbanding adik beradiknya yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Setelah hampir setahun lebih opah sakit. Akhirnya opah telah meninggal pada 17/11/2012.
Seorang lagi membuatkan hati aku tersentuh ialah ibuku yang mengorbankan 24 jam menjaga nenekku sehingga kini. Family aku tinggal tidak jauh dari rumah nenek berbanding makcik aku yang lain. Mereka merupakan idola buat aku agar menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa. Amin.....

Isnin, 6 Januari 2014

Sad Story

Telefon berdering ! Nama kawanku tertera pada skrin. Aku mengangkat.
Aku terdengar satu suara yang teresak-esak. Mungkin baru lepas menangis, hati aku menduga.

Kenapa ? Itu yang terluncur dari bibirku. S dah tak ada ! Itulah jawapannya.

p/s: harap maaf kerana nama tidak di mention

Tak ada ? Fikiranku terganggu ! Apa  yang mahu disampaikan. Fikiranku buntu atau..... Apakah dia mahu mengatakan bahawa s sudah.. Aku kehilangan kata²...tak dapat untuk aku teruskan.

Dia dah meninggal ! Itu yang ku dengar, bagaikan tidak percaya.
Meninggal , diriku kaku, fikiranku buntu. Apakah ini benar atau semata² rekaan. Tapi tak mungkin, tak mungkin kawan ku menangis kerana satu kebohogan ini.
Macam mana dia meninggal ? Hatiku meronta² inginkan kepastian.
Akhirnya aku mengetahui sebab akan kematiannya.

p/s: harap maaf kerana sebab kematian arwah tidak dapat dikongsi

Ya Allah ! Itulah yang terpancul dari mulutku selepas mendengar penjelasan kawanku

Bila ? Hati aku tertanya². Baru kejap tadi. Itulah jawapanya.

Setelah menamatkan telefon aku masih dalam keadaan sama iaitu kaku. Fikiranku melayang jauh, jiwa ku kosong.
Hatiku masih bertanya apakah Kau sudah menggambilnya ? Kenapa begitu cepat ? Namun apakan daya, itu memang janjiNya. Cepat atau lambat aku juga akan menemuiNya juga.

Aku terkenang akan satu peristiwa yang menyadarkan tentang perasaanku padanya.

Sawaktu itu kami low form, pada awal tahun itu kecoh mengatakan arwah menyukai seorang budak perempuan di kelas kami.
Selepas mendengar berita itu, membuatkan aku merasa iri hati. Aku juga tidak tahu kenapa dengan perasaanku. Akhirnya baru ku tahu aku sudah mula menyukainya.
Tapi kenapa sekarang kenapa tidak dulu lagi, disaat dia mula meminati perempuan lain yang juga satu kelas danganku, sedangkan aku mengenalinya dari kecil.
Hatiku sedih namun apakan dayaku.
Tidak lama kemudian mereka telah bergelar pasangan kekasih. Walaupun hati ini berat menerima hakikat namun aku tabahkan jua. Aku tetap terseyum walau hati ini menangis :'(

Aku tersentak dari lamunanku...
aku teringat akan satu ayat yangku hafal dan berbunyi........
"Janganlah simpan kata²  cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meniggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata² cinta itu di pusaranya......."

Itulah yang sedang menimpa diriku ketika ini. Namun aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan takdir. Takdir yang tidak pernah menyatukan kami. Dan lebih memeritkan lagi, aku tidak diberi peluang untuk meluahkan isi hati ini kerana.............
Satu ketika dulu aku pernah disia²kan  oleh seorang yang amatku sayang dan tepat untuk diriku ialah orang yang benarku cinta. Ya ! Cinta....... Cinta yangku lafas dari hati hanya untuk si dia.

"Sebaliknya ucapkanlah kata² cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya."

Aku tidak mampu melaksanakan baris akhir ayat² ini kerana aku pernah melalui satu situasi yang sukar diungkap dengan kata².
Hancur..............
Berkecai................
Berderai.................
Sisa² itulah yang masih aku rasakan.

Kerana tragedi inilah yang membuatkan aku pendam perasaan pada arwah sehingga dia menutup mata.
Itu janji Allah...... Setiap yang hidup pasti akan merasai mati termasuk aku. Jauh disudut hati ini, aku tidak sanggup menghadap Dia sekarang kerana aku masih berlimpangan dengan dosa². Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu lari dari membuat kesalahan. Ku ringankan tangan dan ku hulurkan doa buat arwah agar dia ditempatkan bersama² orang beriman. Amin........... :'(

Akan aku simpan sebuah cerita cinta tidak kesampaian ini dalam hati dan akan aku jadikan pedoman pada masa akan datang.

Siang melabuhkan tirainya dan malam menjelang. Aku melangkah masuk ke dalam rumah arwah bersama² kawan²ku. Aku melihat suasana pilu bersama² tangisan yang bersisa.
Aku tabahkan hati untuk terus melangkah masuk dan menahan rasa sebak yang semakin menusuk.

Beberapa minit menunggu, akhirnya ketibaan jazad arwah tiba. Sejurus kain kapan dibuka untuk memperlihatkan bawah jenazah buat kali terakhir.
Ya Allah.....aku tidak dapat menahan rasa sebak yang kini menghantui. Sejurus mata ini melihat muka jenazah, perasaan yang dibendung dari tadi tidak dapat ditahan lagi lalu mata ini mengalirkan air yang begitu deras dan sukar untuk ditahan.

Suasana semakin sesak, ramai yang berebut² melihat jenazah buat terakhir kali. Aku mengundurkan diri untuk memberi peluang pada yang lain. Sesekali aku menoleh ke belakang terasa mahu saja aku duduk di depan sekali. :'(

Aku pulang. Aku merebahkan diriku di katil. Jasadku disini tapi hati dan fikiranku masih terkenang peristiwa tadi. Hatiku semakin sayu.....
Air mata yang ditahan mengalir lagi. Aku tidak mampu menahan rasa sedih dan sebak ini. Aku dihujani dengan air mata. Aku teruskan menangis sepuas²nya........

Tiba² aku teringat akan kata² ustaz dan ustazah yang mengatakan selepas 7 langkah orang meninggalkan kubur maka datanglah malaikat untuk menyoal.
Ya Allah........ Kau ampunilah arwah ketika hayatnya dan Kau tempatkanlah arwah di sisi² Mu Ya Allah.......
Hanya itu yang mampu ku berikan pada arwah.......:'(

Selasa, 17 Disember 2013

Ohh ! Nama-nama ku

Assalamualaikum
Peace yoohh (-_-) !!

Satu hari aku terdengar ayah aku cakap dekat mak aku yang opah su, dah meninggal. Terkejut rasa ! Last year opah aku meninggal, this year opah su pulak *opah su adik opah*

Tiba-II aku teringat something jasa opah su yang sampai bila-II aku tak kan lupa iaitu..........
Nama aku !
Yes ! My name...
But not real name
Nama sebenar aku hidayah...
Menurut  cerita mak aku #formal gila
Opah su lah yang bagi nama intan tu dekat aku !
Ye ! Intan !! Intan hidayah..haha *intan hidayah aku gabungkan untuk nickname aku dekat twitter, fb, instagram dan sebagainya*

Mak aku cakap lagi, dari kecik dia  panggil intan, sedangkan semua tahu ayah dah bagi nama dekat aku.
Maybe dia panggil aku intan sebab dia tak ada cucu lagi kot. Sebab kenapa opah su panggil intan , intan nie macam permata, berlian ! #sayang sangat la tu haha

Kalau nak tahu saudara belah ayah aku semua panggil hidayah kecuali opah su.
Lain pulak cerita kalau dengan family, kawan and saudara belah mak aku pulak... Kalau belah mak, semua panggil intan !
Family pulak panggil intan !
Hah ! Dengan kawan-II lain pulak kes..
Aku rapat denyan dua orang nie masa kecik.. Dorang selalu datang rumah aku,aku datang rumah dorang.. Tapi selalunya dorang yang datang.. Nak dijadikan cerita dorang panggil aku intan sebab apa ? Sebab dorang dengar family aku panggil intan..
Umur 6 tahun aku masuk tadika, so kawan-II dekat tadika pun panggil intan sebab ikut kawan-II tadi.

Satu hari salah sorang kawan aku yang dekat rumah tadi panggil nama intan, kebetulan ada 2 intan. Dua-II pandang ! So nak bezakan tak nak bagi sorang terperasan.
Dia panggil aku intan !!! Yang lain pun ikut !!!!!
#aku marah ke ?

So sampai la sekarang...
Cerita paling best pulak !! Dari kecik family aku panggil intan, so aku pulak bahasakan aku intan...
Bila pergi rumah saudara belah ayah aku nie best nak cerita ! Dorang semua panggil aku hidayah..so aku pulak tak tahu nak bahasakan aku apa ? Aku dah biasa dengan intan !
So punya skema nie ! Aku bahasakan aku saya !!! Haha poyo ah ! Bila dah besar kalau diingat-II kelakar pun ada ! Dengan kawan pun aku kau je !

Start form berapa aku pun lupa, aku tukar dah tak pakai saya-II dengan belah ayah.. Aku bahasakan aku..................................
Dayah !!! Ahh ! Okay la tu daripada saya fomal sangat hehe *kalau cakap dengan orang tak kenal baru saya*
So aku pakai la nama dayah...sampailah last year aku tukar... #tukar lagi !! Sebenarnya aku tak biasa..lidah aku dah terbiasa dengan nama intan jugak ! Aku tukar kepada intan la.. Apa lagi..

Sejak daripada tu makcik-II, pakcik-II aku panggil intan..kalau dorang mulakan borak tu dengan nama hidayah..dengar aku bahasakan intan dorang terus tukar..tapi dorang kadang-II tersasul sebab dah biasa cuma pak usu aku sorang nie je ingat ! Dia dah biasa panggil intan..
Yang lain tu dengar aku sebut intan baru tukar

Kalau cousin aku dia lain sikit..istimewa punya !! Yang kecik-II panggil kak dayah. Aku cakap dengan dorang pun pakai kak dayah mungkin bila nak cakap tu aku guna akak yang tu ingat tu..

Isnin, 16 Disember 2013

Pujian ke ?

Assalamualaikum
Hai ! Bertemu kita di entry baru.
Okay story for today is

Kira pukul 5 lebih aku dengan my mom pergi rumah atok. Sebaik sampai my mom terus amik penyampu, sapu bawah pokok jambu then pokok rambutan. Aku pulak still tengok dengan otak melayang pikir pasal internet.

Aku terpandang satu kereta hijau. Okay itu kereta cik ila. Macam nak berenti je. Aku hanya memandang dengan kosong.

Seorang perempuan keluar dari kereta, ye ! Tu lah cik ila
Cik ila : assalamualaikum !
My mom : wa' salam
And bla bla bla. My mom jemput masuk rumah. Cik ila dengan suami dia nak melawat atok and embah. Lepas puas bercerita, suami cik ila pandang belakang. Korang nak tahu dia pandang siapa ? Pandang aku la siapa lagi duduk dekat belakang tu.

Suami cik ila : ini umur berapa ?
Mom : baru habis spm
Suami cik ila : owh sebaya dengan *tutttt* tak kuasa nak mention nama perempuan tu
Mom : a'ah..
Sejak daripada tu asyik-II pandang #hmm pape je la

Okay short story !
Masa tu cik ila dengan suami nak balik sebelum tu amik buah jambu dekat pokok # yela mesti la dekat pokok tak kan nak kutip kan
Cik ila : akak larat ke masak hari-II
Atok : tak. Pagi-II ani la yang masak. Pagi tadi dia pergi terapi, intan yang masak
#ye ! Tu aku lah haha *bisik hati*
Cik ila : intan kalau dah pandai masak boleh kahwin la
Mom : ayahnya cakap dia masak sedap cuma, # cuma nie la aku malas nak dengar
Cuma tak reti rasa garam je
Haha bocor sudah !

Now i'm so shy

Selasa, 10 Disember 2013

thanks ayah

Assalamualaikum
Mohh dengar satu story


Hari yang sungguh membosankan apa lagi aku capai handphone then pergi ke internet lalu aku sign in twitter mulalah tweet di awal pagi dan mungkin ketika itu remaja pada zaman moden ini masih dibuia mimpi tapi tidak bagi aku sebab dah jadi tabiat bangun awal.
Tidak lama kemudian kedengaran suara my mom "intan bangun hantar umi pergi rumah atok" hah sebab tu lah aku selalu bangun awal haha

Dah jadi rutin time cuti-II nie hantar mak aku pergi rumah atok aku. Atok aku tu dah tua sebab tu tak larat so hari-II mak aku masak kat sana and bawa balik sikit. Aku pulak apa lagi tak boleh lari dari kerja dapur bak kata mak aku "setinggi mana pun kau berlajar kau tak boleh lari dari kerja dapur".

 Sudah tepat pukul 12:00 tgh/h aku dengan mak aku balik. Dah sampai rumah apa lagi 
kerja yang aku nak buat tweet la....
Sedang ralik tweet tak sedar dah petang. Tepat jam menunjukkan 6:30 aku mandi. Korang pun boleh teka apa aku akan buat lepas tu. Apa lagi tweet la..
Jam menunjukkan sudah waktu maghrib aku berhenti sekejap then sambung balik..
Masa nak masuk bilik, aku terdengar bunyi handphone ayah aku berdering, kaki aku still melangkah masuk bilik tanpa mempedulikan pun. 

Lebih kurang 30 or 15 minit aku dengar suara ayah aku "intan ! Sini kejap"?
Ahh sudah tiba-II rasa takut apa lagi cepat-II aku matikan handphone sebab sangkaan aku ayah aku marah sebab aku menggadap handphone 24 jam !
Aku keluar and tangan meraba suiz lampu untuk ditutup. Tanda aku tak masuk bilik main handphone lagi la kire nie

Jantung aku berdebar-II, takut sangat rasanya maklumlah ayah aku ni garang jugak orangnya,kalau time sekolah dulu ayah aku mesti marah main handphone lama-II.

Sangkaan aku meleset !!
Ayah tak marah, nak tahu kenapa ayah panggil aku ?
Ayah : kau dah mandi belum
Me : dah..
Ayah : siap-II kita pergi rumah kak teha.
Ne : buat apa ? 
Ayah : amik handphone.
Me : handphone ? Handphone apa ?
Ayah : s4
Me : hah ?! S4 ? 
Umi : umi dengar warna putih
Me : mana tahu ?
Umi : tadi dengar,kak teha tipon tadi
Ayah : cepat siap, lepas maghrib kita pergi. Umi kalau nak ikut siap-II lah

Aku duduk di kerusi makan sambil perhatikan mak aku amik baju untuk tukar. Aku pandang ayah aku. Muka serius je. Tak senyum langsung.
Aku pun melangkah ke bilik then siap-II

Sampai je rumah mak kak teha, 15 minit kemudian dia sampai.
Lepas few minit terang pasal handphone ni
Kak teha : kalau acik tak nak jual balik kat teha
Ayah : hmm dapat dah kat tangan intan tak rasa kau dah
Aku gekak !

Mak kak teha : lipit kata handphone tu bagi dia pakai lepas dapat gaji nanti dia nak bayar dekat intan
Aku gelak je dalam hati kurang aja lipit nak handphone aku !

Akhirnya aku satu family nak balik. 
Me : selipar kita bukan dekat pintu nie
Umi : tak apa la jalan la pergi sana
Ayah : nie hah selipar sambil bawak selipar kitorang
Kak teha : amboi baiknya
Ayah : hmm memanglah baik, kalau tak bersyukur jugak tak tahu lah haha
Dalam tu maknanya

Kitorang menuju ke kereta, aku still lagi memgenggam handphone galaxy s4, rasa bagai mimpi,aku pandang mak aku. 
Umi : bang ! Tengok anak awak senyum sampai dah tak boleh tutup gigi
Me : intan masih tak percaya ni
Ayah : handphone lama tu bagi ayah
Me : hmm

p/s:Sebenarnya kak teha nie jual handphone dari kedai. So dah lama kenal dapat la murah sikit dari harga betul

Isnin, 9 Disember 2013

i'm come back

assalamualaikum
korang !!

rindu bangetttt indon pulak, dah lama tak buat entry rindu lah
maklumlah dulu spm so kene fokus
memandangkan spm pun dah habis aku still tak boleh nak updage sebab netbook aku tu gila
#bila nak guna baru cakap manis punya

hari ini pulak dapat updage bukan sebab dapat netbook baru or laptop baru but aku dapat handphone baru
#beriaya pulak

thanks dekat ayah aku tu sebab sudi melayan karenah satu-satunya anak perempuan ayah ini
#mulut manis

tapi yang tak best is handphone lama aku ayah aku amik sebagai pertukaran kalau tak hah macam nih

ayah : ayah belikan ncet baru yang lama kau pakai bagi ayah
aku : alaa sayang la
ayah : buat apa pakai ncet banyak, ke kau pakai ncet tu ayah pakai ncet lagi besar
#hilang kata-kata
begitulah ceritanya

apa-apa pun aku akan selalu-selalu
#ada ke ayat tu
selalu updage okay

siapa nak baca, baca yang tak nak tu, tak apa lah nak buat macam mana orang tak sudi
#pasrah punya ayat


 now i'm happy