Sabtu, 10 Mac 2012

Andai Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya....
Andainya lelaki tahu..apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, ...itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu....
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya ..dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh....tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 
Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 
Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian....Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri cintanya sangat kuat. ,,,Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai ,,,,,tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. ...Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, ..walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik,,,. 
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. ..percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. ...Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 
Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya...

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,...marah seorang perempuan perlu di dekati,Sedih seorang perempuan perlu di dengari,..gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut,Bukan untuk di manjai,..bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,..hanya perlu sedikit perhatian,Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya...Pada diri seorang perempuan,Wujudkah cinta itu di hati lelaki,...Bila saat jauh tanpa perkhabaranSayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,

Cintailah seseorang itu kerana hatinya,

Bukan paras rupa semata2...

Ahad, 4 Mac 2012

jika aku kenal siapa aku


Assalamualaikum...

Aku cuma manusia biasa.. Yang tidak pernah puas melakukan dosa.. 

Aku cuba untuk menjadi manusia yang jauh dari kesilapan, jauh dari kekhilafan... Tapi, kerana lumrahnya manusia di dunia ini yang gemar membuat dosa, aku juga tidak dapat lari daripadanya.. 

Walaupun cuma sekelumit.. Tetap rasa kesal menghantui jiwa.. Entah.. Kalau kamu juga rasa seperti aku, makanya kita sama saja..

Benar kata orang, rambut sama hitam, hati juga sama merahnya.. Namun di setiap kesamaan itu, ada ketaksamaannya.. Merahnya hati cuma pada pandangan kasar.. Tapi, di setiap hati manusia itu terdapatnya tompokan hitam yang bisa membinasakan dunia.. Benarkah?

Sepertinya aku ini ingin lari dari kehidupan sekarang.. Jiwa yang lemah, sering terluka.. Aku ingin pergi ke satu tempat yang mana aku bisa mengerti apa kandungan jiwa agar tompokan hitam di hati ini akan hilang.. 

Sepertinya aku juga ingin lari dari kehidupan sekarang.. Ingin timbul setelah tenggelam dan kelemasan.. Ah.. Mana mungkin aku boleh lari jika terdapat rintangan bak duri di sepanjang perjalanan? Bagaimana ya?

Puas aku berfikir dan mencari makna diri.. Puas aku membedakan diantara aku dan kamu.. Namun, jawapan tetap sama.. Manusia.. 

Ku juga lihat manusia yang lain cara hidup dengan diriku.. Kenapa, mengapa, bagaimana dan bila mereka menjadi seperti mereka, dan aku seperti aku.. Semakin lama aku mencari, kurasakan semakin jauh aku pergi, dan semakin tidak faham tentang perihal diri dan orang lain.. Mengapa?

Aku cuba untuk jadi seperti aku.. Bukan aku saja yang gemar berbicara seperti :"jadilah diri sendiri, jangan jadi macam orang lain", malah, setiap manusia di dunia ini juga berbicara seperti itu. Apa, mereka fahamkah apa yang mereka utarakan? Apa maksud "jadilah diri sendiri" tu pada mereka? 

Keliru.. Aku keliru.. Adakah kamu tahu bagaimana diri kamu sendiri? Adakah kamu sentiasa melakukan perkara yang sama sehingga kamu dengan yakinnya mendeklarasikan kepada dunia bahawa kamu telah menjadi diri sendiri? Kerana, jika aku, aku tidak tahu bagaimana diri aku sendiri.. Hari ini mungkin diri aku berbeza, hari esok mungkin aku berubah.. Dan seterusnya..

Jadi bagaimana kamu yakin bahawa kamu adalah diri kamu? Hanya kerana kamu bernama si polan bin/binti si polan, bermaksud kamu adalah kamu? Ahhhh.. sudahlah.. 

Pada aku, kalau kamu tak tahu siapa diri kamu, jangan bangga diri memberitahu seluruh dunia siapa kamu.. Mudah saja..

Selasa, 21 Februari 2012

Cekalkan Hatiku

ya allah, saat kau uji aku
dengan ujian yang maha hebat...
hanya titisan air mata mampu ku luahkan
saat kau uji aku
dengan ujian yang maha hebat
aku hanya tersenyum dalam kelam
ya allah saat kau beri ujian yang maha berat
aku hanya ketawa dalam tangisan


ya allah, kadang kaki ini lemah
lemah untuk terus berjalan mencari sinar hidup yang kian pudar
kadang hati ini berbisik kecewa dengan takdir hidup ini
kadang terasa diri ini ingin pergi jauh dari dunia yang penuh dengan tipu helah
kadang jiwa ini meronta ingin keluar dari belunggu kesedihan ini

ya allah....
ampunkan diri ini...
kerana mudah melatah dengan ujian yang engkau beri....
aku hanya manusia biasa
yang harus dan mesti redha dengan coretan dan lakaran  hidup ini


dalam tawaku tersembunyi tangisan
dalam gurauku tersembunyi kepedihan


aku bersyukur jika hidupku ini
hanya untuk diuji olehmu
kerana aku tahu, setiap ujianmu
melambangkan kecintaanMU kepadaku.....


apa yang aku mohon..
cekalkan hatiku.. 
biarkan aku terus hidup dalam kekuatan..
redha dan pasrah menjadi pegangan hidupku....


kutitipkan doa hanya untukMU
kutitiskan air mata hanya untukMU
kuharapkan pertolongan hanya dariMU..
CEKALKAN HATIKU UNTUK TERUS MENJALANI HIDUP INI

Isnin, 20 Februari 2012

Malam yang sunyi

Malam Ini..
Malam yg sunyi buat aku,
Malam dimana minda dan jasad ku kosong,
Aku hanya lihat kegelapan disekelilingku,
Twitter,facebook,SMS dan juga panggilan telefon sunyi tanpa bunyi.

Apa yg terjadi?
Aku lihat awan,
Aku nampak bulan,
Aku tanya,
"mana bintang?"
Tapi bulan masih disitu,
Keseorangan tanpa bintang-bintang.

Aku baca puisi,
Bahasa-bahasa pujangga ada kata
Bulan dan bintang tidak boleh dipisahkan,
Bulan dan bintang pelengkap malam,
Bulan dan bintang saksi cinta sesama manusia,
Alangkah indahnya bahasa bila mengunakan bulan dan bintang.

Tapi malam ini aku lihat hanya bulan,
Aku lihat bulan yg kesepian,
Aku lihat bulan tanpa kawan,
Aku lihat bulan yg bosan,
Kesian aku pada bulan.

Aku lihat malam ini,
Bulan dan aku,
Ada kesamaan.

Ahad, 15 Januari 2012

tolong ambik perhatian...

ok hari niy aq nk story pasal 1 blog niy.. aq bace lah dia punye entri dia pasal arwah bf dia... x dinafikan story dia memang sedih giler ditambah pula dengan lagu yang sedih... so bile dah abis bace 2... bawah sekali dia letak gambar arwah bf dia cium dia... masyallah.... itulah yang boleh aq katekan.. dia dah tahu yang bf dia dah meninggal but whay dia letak gambar 2.. ape budak niy x pikir kew bila dia letak gambar 2 pastu orang tengok... arwah kat dalam kubur 2 tersiksa.. TAHU X... aq marah giler niy...!!!!!!! niy la orang melayu bukan nak ambik tahu hukum hakam... aq pon bukan la baik sangat but kalau orang buat salah depan mata aq aq tegor r... t aq dikatekan bersubahan pulak..

Jumaat, 13 Januari 2012

Cinta semakin pudar

1. Malas angkat telefon.Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..
2. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..kalah YB.
3. Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati.
4. Mula menggelakkan diri dari bejumpa.
5. Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.

6. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido.
7. Apa kita buat dah tak betul dimata dia.
8. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.
9. Taip sms pun pendek2 je.
10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer.
11. Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..
masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu.
12. Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak.busy.
13. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? Insyallah kalau de jodoh. kejap jer dia tuka topic.
14. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.
15. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.
16. Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’.
17. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang
dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.
18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp
sekarang dah terbalik.
19. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hpcepat panas.

Perihal lelaki, wanita dan cinta

Perihal lelaki, wanita dan cinta

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "memerhati"!
Ingatlah,Allah jua yang Maha Meengetahui.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut! ~

Wanita jadilah seperti mawar yang berduri...Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri, Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati.