Assalamualaikum...
Aku cuma manusia biasa.. Yang tidak pernah puas melakukan dosa..
Aku cuba untuk menjadi manusia yang jauh dari kesilapan, jauh dari kekhilafan... Tapi, kerana lumrahnya manusia di dunia ini yang gemar membuat dosa, aku juga tidak dapat lari daripadanya..
Walaupun cuma sekelumit.. Tetap rasa kesal menghantui jiwa.. Entah.. Kalau kamu juga rasa seperti aku, makanya kita sama saja..
Benar kata orang, rambut sama hitam, hati juga sama merahnya.. Namun di setiap kesamaan itu, ada ketaksamaannya.. Merahnya hati cuma pada pandangan kasar.. Tapi, di setiap hati manusia itu terdapatnya tompokan hitam yang bisa membinasakan dunia.. Benarkah?
Sepertinya aku ini ingin lari dari kehidupan sekarang.. Jiwa yang lemah, sering terluka.. Aku ingin pergi ke satu tempat yang mana aku bisa mengerti apa kandungan jiwa agar tompokan hitam di hati ini akan hilang..
Sepertinya aku juga ingin lari dari kehidupan sekarang.. Ingin timbul setelah tenggelam dan kelemasan.. Ah.. Mana mungkin aku boleh lari jika terdapat rintangan bak duri di sepanjang perjalanan? Bagaimana ya?
Puas aku berfikir dan mencari makna diri.. Puas aku membedakan diantara aku dan kamu.. Namun, jawapan tetap sama.. Manusia..
Ku juga lihat manusia yang lain cara hidup dengan diriku.. Kenapa, mengapa, bagaimana dan bila mereka menjadi seperti mereka, dan aku seperti aku.. Semakin lama aku mencari, kurasakan semakin jauh aku pergi, dan semakin tidak faham tentang perihal diri dan orang lain.. Mengapa?
Aku cuba untuk jadi seperti aku.. Bukan aku saja yang gemar berbicara seperti :"jadilah diri sendiri, jangan jadi macam orang lain", malah, setiap manusia di dunia ini juga berbicara seperti itu. Apa, mereka fahamkah apa yang mereka utarakan? Apa maksud "jadilah diri sendiri" tu pada mereka?
Keliru.. Aku keliru.. Adakah kamu tahu bagaimana diri kamu sendiri? Adakah kamu sentiasa melakukan perkara yang sama sehingga kamu dengan yakinnya mendeklarasikan kepada dunia bahawa kamu telah menjadi diri sendiri? Kerana, jika aku, aku tidak tahu bagaimana diri aku sendiri.. Hari ini mungkin diri aku berbeza, hari esok mungkin aku berubah.. Dan seterusnya..
Jadi bagaimana kamu yakin bahawa kamu adalah diri kamu? Hanya kerana kamu bernama si polan bin/binti si polan, bermaksud kamu adalah kamu? Ahhhh.. sudahlah..
Pada aku, kalau kamu tak tahu siapa diri kamu, jangan bangga diri memberitahu seluruh dunia siapa kamu.. Mudah saja..