Selasa, 17 Disember 2013

Ohh ! Nama-nama ku

Assalamualaikum
Peace yoohh (-_-) !!

Satu hari aku terdengar ayah aku cakap dekat mak aku yang opah su, dah meninggal. Terkejut rasa ! Last year opah aku meninggal, this year opah su pulak *opah su adik opah*

Tiba-II aku teringat something jasa opah su yang sampai bila-II aku tak kan lupa iaitu..........
Nama aku !
Yes ! My name...
But not real name
Nama sebenar aku hidayah...
Menurut  cerita mak aku #formal gila
Opah su lah yang bagi nama intan tu dekat aku !
Ye ! Intan !! Intan hidayah..haha *intan hidayah aku gabungkan untuk nickname aku dekat twitter, fb, instagram dan sebagainya*

Mak aku cakap lagi, dari kecik dia  panggil intan, sedangkan semua tahu ayah dah bagi nama dekat aku.
Maybe dia panggil aku intan sebab dia tak ada cucu lagi kot. Sebab kenapa opah su panggil intan , intan nie macam permata, berlian ! #sayang sangat la tu haha

Kalau nak tahu saudara belah ayah aku semua panggil hidayah kecuali opah su.
Lain pulak cerita kalau dengan family, kawan and saudara belah mak aku pulak... Kalau belah mak, semua panggil intan !
Family pulak panggil intan !
Hah ! Dengan kawan-II lain pulak kes..
Aku rapat denyan dua orang nie masa kecik.. Dorang selalu datang rumah aku,aku datang rumah dorang.. Tapi selalunya dorang yang datang.. Nak dijadikan cerita dorang panggil aku intan sebab apa ? Sebab dorang dengar family aku panggil intan..
Umur 6 tahun aku masuk tadika, so kawan-II dekat tadika pun panggil intan sebab ikut kawan-II tadi.

Satu hari salah sorang kawan aku yang dekat rumah tadi panggil nama intan, kebetulan ada 2 intan. Dua-II pandang ! So nak bezakan tak nak bagi sorang terperasan.
Dia panggil aku intan !!! Yang lain pun ikut !!!!!
#aku marah ke ?

So sampai la sekarang...
Cerita paling best pulak !! Dari kecik family aku panggil intan, so aku pulak bahasakan aku intan...
Bila pergi rumah saudara belah ayah aku nie best nak cerita ! Dorang semua panggil aku hidayah..so aku pulak tak tahu nak bahasakan aku apa ? Aku dah biasa dengan intan !
So punya skema nie ! Aku bahasakan aku saya !!! Haha poyo ah ! Bila dah besar kalau diingat-II kelakar pun ada ! Dengan kawan pun aku kau je !

Start form berapa aku pun lupa, aku tukar dah tak pakai saya-II dengan belah ayah.. Aku bahasakan aku..................................
Dayah !!! Ahh ! Okay la tu daripada saya fomal sangat hehe *kalau cakap dengan orang tak kenal baru saya*
So aku pakai la nama dayah...sampailah last year aku tukar... #tukar lagi !! Sebenarnya aku tak biasa..lidah aku dah terbiasa dengan nama intan jugak ! Aku tukar kepada intan la.. Apa lagi..

Sejak daripada tu makcik-II, pakcik-II aku panggil intan..kalau dorang mulakan borak tu dengan nama hidayah..dengar aku bahasakan intan dorang terus tukar..tapi dorang kadang-II tersasul sebab dah biasa cuma pak usu aku sorang nie je ingat ! Dia dah biasa panggil intan..
Yang lain tu dengar aku sebut intan baru tukar

Kalau cousin aku dia lain sikit..istimewa punya !! Yang kecik-II panggil kak dayah. Aku cakap dengan dorang pun pakai kak dayah mungkin bila nak cakap tu aku guna akak yang tu ingat tu..

Isnin, 16 Disember 2013

Pujian ke ?

Assalamualaikum
Hai ! Bertemu kita di entry baru.
Okay story for today is

Kira pukul 5 lebih aku dengan my mom pergi rumah atok. Sebaik sampai my mom terus amik penyampu, sapu bawah pokok jambu then pokok rambutan. Aku pulak still tengok dengan otak melayang pikir pasal internet.

Aku terpandang satu kereta hijau. Okay itu kereta cik ila. Macam nak berenti je. Aku hanya memandang dengan kosong.

Seorang perempuan keluar dari kereta, ye ! Tu lah cik ila
Cik ila : assalamualaikum !
My mom : wa' salam
And bla bla bla. My mom jemput masuk rumah. Cik ila dengan suami dia nak melawat atok and embah. Lepas puas bercerita, suami cik ila pandang belakang. Korang nak tahu dia pandang siapa ? Pandang aku la siapa lagi duduk dekat belakang tu.

Suami cik ila : ini umur berapa ?
Mom : baru habis spm
Suami cik ila : owh sebaya dengan *tutttt* tak kuasa nak mention nama perempuan tu
Mom : a'ah..
Sejak daripada tu asyik-II pandang #hmm pape je la

Okay short story !
Masa tu cik ila dengan suami nak balik sebelum tu amik buah jambu dekat pokok # yela mesti la dekat pokok tak kan nak kutip kan
Cik ila : akak larat ke masak hari-II
Atok : tak. Pagi-II ani la yang masak. Pagi tadi dia pergi terapi, intan yang masak
#ye ! Tu aku lah haha *bisik hati*
Cik ila : intan kalau dah pandai masak boleh kahwin la
Mom : ayahnya cakap dia masak sedap cuma, # cuma nie la aku malas nak dengar
Cuma tak reti rasa garam je
Haha bocor sudah !

Now i'm so shy

Selasa, 10 Disember 2013

thanks ayah

Assalamualaikum
Mohh dengar satu story


Hari yang sungguh membosankan apa lagi aku capai handphone then pergi ke internet lalu aku sign in twitter mulalah tweet di awal pagi dan mungkin ketika itu remaja pada zaman moden ini masih dibuia mimpi tapi tidak bagi aku sebab dah jadi tabiat bangun awal.
Tidak lama kemudian kedengaran suara my mom "intan bangun hantar umi pergi rumah atok" hah sebab tu lah aku selalu bangun awal haha

Dah jadi rutin time cuti-II nie hantar mak aku pergi rumah atok aku. Atok aku tu dah tua sebab tu tak larat so hari-II mak aku masak kat sana and bawa balik sikit. Aku pulak apa lagi tak boleh lari dari kerja dapur bak kata mak aku "setinggi mana pun kau berlajar kau tak boleh lari dari kerja dapur".

 Sudah tepat pukul 12:00 tgh/h aku dengan mak aku balik. Dah sampai rumah apa lagi 
kerja yang aku nak buat tweet la....
Sedang ralik tweet tak sedar dah petang. Tepat jam menunjukkan 6:30 aku mandi. Korang pun boleh teka apa aku akan buat lepas tu. Apa lagi tweet la..
Jam menunjukkan sudah waktu maghrib aku berhenti sekejap then sambung balik..
Masa nak masuk bilik, aku terdengar bunyi handphone ayah aku berdering, kaki aku still melangkah masuk bilik tanpa mempedulikan pun. 

Lebih kurang 30 or 15 minit aku dengar suara ayah aku "intan ! Sini kejap"?
Ahh sudah tiba-II rasa takut apa lagi cepat-II aku matikan handphone sebab sangkaan aku ayah aku marah sebab aku menggadap handphone 24 jam !
Aku keluar and tangan meraba suiz lampu untuk ditutup. Tanda aku tak masuk bilik main handphone lagi la kire nie

Jantung aku berdebar-II, takut sangat rasanya maklumlah ayah aku ni garang jugak orangnya,kalau time sekolah dulu ayah aku mesti marah main handphone lama-II.

Sangkaan aku meleset !!
Ayah tak marah, nak tahu kenapa ayah panggil aku ?
Ayah : kau dah mandi belum
Me : dah..
Ayah : siap-II kita pergi rumah kak teha.
Ne : buat apa ? 
Ayah : amik handphone.
Me : handphone ? Handphone apa ?
Ayah : s4
Me : hah ?! S4 ? 
Umi : umi dengar warna putih
Me : mana tahu ?
Umi : tadi dengar,kak teha tipon tadi
Ayah : cepat siap, lepas maghrib kita pergi. Umi kalau nak ikut siap-II lah

Aku duduk di kerusi makan sambil perhatikan mak aku amik baju untuk tukar. Aku pandang ayah aku. Muka serius je. Tak senyum langsung.
Aku pun melangkah ke bilik then siap-II

Sampai je rumah mak kak teha, 15 minit kemudian dia sampai.
Lepas few minit terang pasal handphone ni
Kak teha : kalau acik tak nak jual balik kat teha
Ayah : hmm dapat dah kat tangan intan tak rasa kau dah
Aku gekak !

Mak kak teha : lipit kata handphone tu bagi dia pakai lepas dapat gaji nanti dia nak bayar dekat intan
Aku gelak je dalam hati kurang aja lipit nak handphone aku !

Akhirnya aku satu family nak balik. 
Me : selipar kita bukan dekat pintu nie
Umi : tak apa la jalan la pergi sana
Ayah : nie hah selipar sambil bawak selipar kitorang
Kak teha : amboi baiknya
Ayah : hmm memanglah baik, kalau tak bersyukur jugak tak tahu lah haha
Dalam tu maknanya

Kitorang menuju ke kereta, aku still lagi memgenggam handphone galaxy s4, rasa bagai mimpi,aku pandang mak aku. 
Umi : bang ! Tengok anak awak senyum sampai dah tak boleh tutup gigi
Me : intan masih tak percaya ni
Ayah : handphone lama tu bagi ayah
Me : hmm

p/s:Sebenarnya kak teha nie jual handphone dari kedai. So dah lama kenal dapat la murah sikit dari harga betul

Isnin, 9 Disember 2013

i'm come back

assalamualaikum
korang !!

rindu bangetttt indon pulak, dah lama tak buat entry rindu lah
maklumlah dulu spm so kene fokus
memandangkan spm pun dah habis aku still tak boleh nak updage sebab netbook aku tu gila
#bila nak guna baru cakap manis punya

hari ini pulak dapat updage bukan sebab dapat netbook baru or laptop baru but aku dapat handphone baru
#beriaya pulak

thanks dekat ayah aku tu sebab sudi melayan karenah satu-satunya anak perempuan ayah ini
#mulut manis

tapi yang tak best is handphone lama aku ayah aku amik sebagai pertukaran kalau tak hah macam nih

ayah : ayah belikan ncet baru yang lama kau pakai bagi ayah
aku : alaa sayang la
ayah : buat apa pakai ncet banyak, ke kau pakai ncet tu ayah pakai ncet lagi besar
#hilang kata-kata
begitulah ceritanya

apa-apa pun aku akan selalu-selalu
#ada ke ayat tu
selalu updage okay

siapa nak baca, baca yang tak nak tu, tak apa lah nak buat macam mana orang tak sudi
#pasrah punya ayat


 now i'm happy





Rabu, 5 Jun 2013

accident kecil

assalamualaikum
hai korang ! 
dah seminggu saya tak buat entry baru maklum lah busy cuti sekolah nie.. busy dengan apa lagi dengan pelbagai ampau cuti sekolah dari cikgu lah..
minggu nie lagi lah busy sebab pagi petang pergi sekolah nak siapkan kerja khusus ERT.. nak tahu kerja khusus apa ?
menjahit la.... menjahit apa ?
apa lagi baju lah hehe bergurau.....

so saya pergi sekolah dengan kawan.... hah !!!! ada story nie nak cerita sebab tu buat entry...
mehhh sini jemah, kiah,bedah dengar cerita nie...

ada satu hari tu.......... senang sangat semalam lah ! senang cerita tak gitu kome ?? hehe perak pulak kita..
usually aku ikut jalan yang biasa aku jalan nak pergi rumah kawan aku sebab dekat sikit... sekarang nie pulak dekat area tempat aku nie dorang pasang pembentung bak kata mak aku lah.. bak kata mak kawan aku salur paip tak kisah lah apa pun nama dia asalkan sama sudah

aku ikut jalan tu boleh pulak jentera korek tanah...jenterakan nama dia ?? entah lah aku bukan tahu sangat nama dia.. so jentera tu halang la aku nak jalan sedangkan dah dekat dah rumah kawan aku.. dengan berat hati aku pusing la balik.. masa aku nak pusing tu aku nampak sorang india lelaki nie dia pun patah balik lepas nampak jentera tu... aku pun ikut jalan jauh.. tengah aku bawak moto tu aku ternampak lah pembentungII selebarII jalan korang paham tak ? bayang kan lah jalan tu punya lebar penuh dengan pembentungII... sudah aku kata ! macam mana aku nak lalu tak pergi jugak aku rumah kawan aku nie ! 
lepas tu aku nampak india lelaki tadi lalu kat tepiII jalan.. aku pun pelik lah dia nie lalu ikut mana ? tadi aku jalan dulu tupII dia sekarang ada kat depan... so aku tengok dia, dia tengok aku.. kitowang pandang dengan muka pelik.. nak dijadikan cerita..... boleh pulak aku tengok dia lepas tu aku tak ambik jarak jauh dari pembentung tu aku terlangar pembentung tu... TUNGGG !!!!

kaki aku sakit !!!! aku tengok kaki aku.. anak jadi kaki aku yang kecik bengkok !!! ahhhhhh !!!!! sakit gila..... aku pandang depan, aku nampak sorang mamat nie, dia nampak aku langgar tadi... muka tahan sakit... kat dalam korang tahu tak malu gila aku !! sebaik dia jew nampak.. masa aku langgar tadi ada sorang pakcik ke abang aku tak tahu dia tengah buat benda entah.. sebaik dia tak nampak !

aku pun sampai terus aku turun and tengok kaki aku, kawan aku datang then tanye kenapa sengget tu ? pemijak moto aku senget, sedih taw

lamaII kaki aku tu jadi bengkak sampai la nie hehe

aku cerita kat kawanII boleh pulak dorang gelak !!! bertambah sakit aku

tak apa la, aku ada kenangan accident masa cuti... korang ada !

Sabtu, 25 Mei 2013

saya suka mimpi

Assalamualaikum
hai korang !
apa khabar ?

hari nie saya nak story abaut dream *dream lagi! tak ada story lain ke* hah jemah, bedah, kiah jangan lah marah... *senyum sikit* ehhh.. rongak rupanya haha #joke okay mimpi nie memang kelakar ! buat saya lha.. buat korang eden tak tau lha..

ohh my God !!! saya nak tunang.....!!!!
dengan siapa ? boyfriend pun tak ada... haha
yang nie seronok ada ke patut saya nak tunang tapi pakai seluar dengan baju t-shirt warna hijau, ini mesti kes saya kena tunang paksa kut haha

yang tak boleh blha saya kena duduk sebelah tok kadi haha ini tunang ke kahwin ? kalau ye pun kahwin kenapa saya pulak kena duduk dekat tok kadi, macam saya pulak kena ijab dan kabul..

entah macam mana datang sorang makcik nie, makcik nie pun cakap "saya bakal mak mentua kamu" saya pun balas la dengan senyuman yang tak berapa manis.. sah laa saya memang kena tunang pakse mana taknya bakal mother-in-low pun tak kenal..

lepas tuh dorang semua bawak saya masuk bilik agaknya saya dah tunang kut... saya pulak duduk dalam bilik makan coklat hantaran pihak lelaki.. lepas tuh tibaII pakcik saya masuk dalam bilik then dia cakap kejap lagi tunang saya datang.. nak datang buat apa pulak pening kepala saya dah la tunang sendiri pun tak kenal..

majlis pertunangan nie dibuat dekat rumah arwah opah saya di selangor, jauh sangat tuh rumah saya dekat pahang..

saya nak cerita pun tak reti sebab mimpi nie pelikII sikit, bukan sikit banyak hmmmmm......

tak lama kemudian dorang suruh saya keluar, mulaII suruh saya duduk depan pintu bilik tuh baru jew nak duduk suruh saya duduk dekat sebelah tok kadi pulak.. saya pelik lah saya nie kena cakap ijab dan kabul dengan tok kadi or tok kadi tuh tunang saya hahahahahah
#memang tak lah

tak lama kemudian saya terjaga ! alhamdulilah semua tuh cuma mimpi... kalau betul tak boleh bayangkan




budak suka mimpi

Jumaat, 24 Mei 2013

mimpi ? rindu kut

Assalamualaikum
hai korang !

hari nie saya nak story something.. nak tahu ? saya mimpi dia *beriya sikit*  maybe saya rindukan dia kut ? *ayat pasrah* hmmm.....



okay mulaII saya tidur *ini nak cerita dari A sampai Z* tibaII saya tersedar so saya ambik handphone kat tepi kepala nak tengok jam #setiap malam kalau terjaga saya memang cari hanphone nak tahu jam *silaunya tak dapat nak baca* 
tapi yang peliknya kenapa handphone saya warna putih semua ? ahhhh !! sudah.. rosak ke ? puas saya tekan off tapi tetap menyala so saya biarkan jew baik saya sambung tidur..

tak lama kemudian saya tersedar so saya pergi tandas, masuk jew bilik terus capai handphone tengokII still lagi putih jew so saya pun terpaksa la cabut battery kemudian tekan on tapi yang malangnya dia keluar samsung jew, ahh ! sudah memang dah rosak nie..
dah puas on off on off tapi pi mai pi mai tang tu jugak..
lastII saya cabut battery and sim pastu sambung tidur #gantuk ooo 

hah nie yang sebenarnya nak cerita yang atas tadi tuh iklan okay.. hehe
firstly ex saya dari alam lain *ini memang dikatakan mimpi* boleh pulak dari alam lain..
mak ex say cakap jangan pergi dekat kolam tuh nanti jatuh tak boleh balik dah #macam cerita dalam tv je ex saya pulak terjun dalam kolam tuh sebab nak cari saya *sweet gila sanggup tak balik sebab nak cari saya* akhirnya kitowang pun jumpa, tapi saya tak berapa ingat macam mana kitowang jumpa.. yang saya ingat kitowang keluar pergi tempat acara pertandingan so dia duduk kat depan saya, dah lamaII saya pergi dekat mak saya sebab bosan #boleh pulak date bawak mak haha tak ada lah sebenarnya ramai orang tengok pertandingan tuh so makcikII pun ada, yang tak bole bla boleh pulak tinggalkan pakwe pergi dekat mak #dalam mimpi nie couple
tak lama kemudian saya ternampak cikgu so saya cakap kat mak "cikgu lah" lepas tuh menyorok, dah lamaII tengokII itu sebenarnya kakak kawan saya, saya ternampak macam cikgu..
dah lama saya dengan mak saya pun toleh lha dekat ex saya, kesian sungguh dia tertidur sebab bosan duduk sorangII.. so saya dengan mak ayah jalanII dekat kedai area situ sampai lha masuk satu kedai saya cakap dekat ayah pasal handphone rasak...

tak lama kemudian saya pergi tempat saya tuh saya tengok dia still tidur and tempat duduk pun penuh so saya balik, rumah pulak depan tempat duuk tuh jew,kelakar betul..
so saya tengok ex tengah tidur dari tingkap bilik, dah lamaII tuh kesian pulak kat dia so saya keluar sebab tengok dia dah bangun ingatkan dia nak cari saya tapi still duduk situ, so saya keluar dari rumah nak pergi dekat dia, danII saya nak kunci pintu rumah saya terdengar bunyi mesin basuh, sebenarnya saya dah lambat nak pergi kat ex takutII dia marah terus bla dari situ, saya masuk dalam rumah belum sampai dapur saya patah balik sebab takut ex marah, saya keluar jew saya nampak dia naik basikal bawak lajuII *bawak basikal bukan motor haha* saya nampak jew dia nak pergi saya jerit nama dia, dia sempat pandang belakang and terus kayuh.. sah la dia marah, saya pulak nangisII sambil panggil nama dia..

tak lama kemudian ayah balik saya suruh ayah kejar ex sebab ayah bawak motor, ayah cuba tahan ex sampai kat selekoh dia macam jatuh, lepas tuh patah ke belakang dengan muka serious

pelik la mimpi nie tapi saya tahu saya rindu dia




Rabu, 22 Mei 2013

marah bukan sifatku

apa yang kau benci sangat dekat aku ?
apa salah aku sampai mulut kau tu tak reti nak jaga hah ?
okay maybe kau buat macam ni sebab kau bencikan aku sebab kes 3 tahun lepas tu ?

kau kata dekat orang kau lebih pilih aku, kawan kau daripada pakwe kau tu !

depan aku kau punya mulut manis gila kalah gula kat rumah aku,
belakang aku kau cerita macamII dekat orang sedangkan aku tak buat !

bila aku tanya danII pulak kau kata kau dengar daripada mulut orang, sedangkan orangII cakap kau yang cerita

benci sungguh kau dengan aku kan ?

okay ! dah 2 kali kau buat aku macam nie, jangan sampai ke tiga !
kalau ke tiga aku serang mulut puaka kau tu

aku kalau boleh tak nak gaduhhII cause satu kelas tapi kalau ini yang kau nak okay fine ! kau buat la lagi

tunggu gunung berapi aku yang belum pernah meletus ni

marah bukan sifat aku tapi kalau dengan marah boleh buat mulut kau tu diam mehhh sini aku cili kan !!!


hiburan petang

assalamualaikum
hai korang

puas saya tunggu berjam-jam cause internet slow gila
tapi akhirnya dapat jugak buat entry baru
hari nie saya nak share something
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


haha.. sekadar hiburan pada petang ini
tiada kena dengan hidup mahupun mati

Selasa, 21 Mei 2013

aku redha :'(

Tika dulu.. hidupku gelap..
Suasana hitam kian mengcengkam..
Lalu,kau hadir.. perlahan-lahan menarik aku keluar dari lembah kedukaan itu..

Hingga akhirnya,aku bebas..
Ya,aku bebas dari terus dibelenggu kenangan masa lalu yang kelabu..
Kau serikan hari-hariku dengan rona-rona ceria..
Bersamamu,tak lengkap tanpa ungu,kuning,oren,hijau,biru dan pink..

Indahnya saat itu,ku melihat pelangi sentiasa bersamaku..
Bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengikuti diri ini..
Ku sangkakan pelangi itu terus bersamaku..
Namun ternyata,aku kecundang lagi..





Aku terkapai-kapai lagi dalam kegelapan hitam kian..
Pelangi kini jauh dari gapaianku..
Rona hitam,kelabu,coklat yang menemaniku kini..






Sabtu, 18 Mei 2013

teharu gila.. .')

Assalamualaikum
hai korang..
hari nie intan nak share something dengan korang berkaitan dengan friends intan..
*la air mata*
belum cerita intan dah sedih


ceritanya bermula semalam..........
-
-
-
-
tersebutlah al kisah sejak dahulu kala tentang............
bergurau pulak kita...
kesian bedah, jemah, kiah dah tak sabarII nak dengar cerita intan cewahhh!!!
okayII bergurau..
ceritanya semalam #iniserious semalam intan demam. dalam pukul 2.30 pagi something macam tu lah, intan demam.
time subuh tu umi intan kata tak payah la pergi sekolah kalau demam tapi intan kena pergi jugak sebab ada exam paper maths.
so intan gagah la jugak nak pergi sekolah, terpaksa la jugak bawak moto. ada la jugak lelong sikit masa mulaII tu
exam lebih kurang dalam pukul 7.45 pagi sampai pukul 9.00 pagi, lepas habis exam intan ajak member pergi toilet, dah duduk kat toilet tu mula la gosip sikit lepas tu tak cukup sikit sebaldi baru cukup haha *macam tak ada tempat lain demamII tu sempat lagi gossip..
lepas dah puas gossip kitowang pun masuk kelas, tak lama kemudian rehat, lepas habis waktu rehat intan dengan memberII pergi duduk kat dewan terbuka cause tak nak ganggu budak kelas intan exam geography, few minute later intan tetiba rasa sejuk jew, ahh sudah !! *bukan ada hantu* demam intan nak datang la tu, sejuk semacam jew..
rasa dah naik beku duduk bawah kipas tu..
tepat pukul 12.15 loceng sekolah pun menjerit *kuat sangat menjerit la tu suruh budak balik hehe*
ada member yang tanye boleh bawak moto ke ? so dengan yakinnya intan cakap BOLEH, tapi dorang tak percaya, dorang takut apaII jadi kat intan, terharu la dengan dorang *lap air mata* dah puas intan kata tak ada pape dorang tetap tak percaya..
ada ke patut dorang pegang intan nak rampas kunci moto intan dalam pocket,tapi apaII pun intan tak marah sebab intan tahu niat baik dorang semua :'(
so balik intan naik dengan member,member yang lain bawak moto intan balik..
thanks korang cause care pasal intan, serious intan terharu gila dengan korang :)


Rabu, 15 Mei 2013

Happy Teacher Day

Assalamualaikum
Hai korang!!!

HAPPY TEACHER DAY to all teacher okay !
jasaII mu tak kan kami lupa

hari nie best gila kat sekolah...
firstly budakII pengawas bawak satu belan seorang lepas tu bagi kat cikgu..
lepas tu pengawas sekolah and pengawas library berkumpul dean cikgu sambil nyanyi, akhir sekali dorang nyanyi lagu wali band tajuknya aku bilang sambil gerakII kan tangan..
sweet gila saya tengok

lepas tu ada game, memang terbaik la!
saya suka gila tengok cikgu cina tu! comey gila !!!!
sweet sangat
#banyak sangat dah sweet nie
but saya seriously kesian kat cikgu tu cause budakII tak respect langsung dekat cikgu nie, maybe cikgu lembut sangat kot
tapi tak tahu lah sebab cikgu cina nie tak mengajar saya, dia mengajar kelas hujung

okay !
part yang saya paling suka bila announce cikgu perempuan melayu terakhir is cikgu Halimatul !
congratulations cikgu !
saya memang suka gila dengan cikgu Halimatul sejak dia mula transfer masa tu saya form 2..
cikgu nie baik la and saya suka cara dia mengajar and bercakap..

saya suka gila dengan
#banyak sangat gila aku nie
lagu guruku tersayang, every year memang akan nyanyi lagu nie, saya pulak sekali dah dengar lagu yang saya minat, apa lagi ?
melalak sakan lah!
kesian dekat member cause terpakse jugak tadahkan telinga tu ^^
kadangII dia nyanyi jugak, susah betul nak dengar dia nyanyi, bila saya dengar jew dia nyanyi automatic saya akan diam cause hanya ini jew lah peluang nak dengar dia nyanyi!
*jangan marah tau*


okay lah! saya dah banyak sangat merapu nie,
apaII pun SELAMAT HARI GURU !


hati masih rindu


Assalamualaikum
hai korang ! hari nie terasa nak meluahkan perasaan lah..
baca tau !


Banyak sekali kenangan yang telah kita telah tuliskan di hati kita
Banyak sekali harapan dan keinginan yang pernah kita ungkapkan bersama
Lantunan kata cinta yang pernah terucap tak mudah terhapuskan begitu saja
Ingatkah, kita pernah berjanji untuk berjuang bersama?
Masih ingatkah setiap pertengkaran manis kita
Ada cemburu, amarah, kecurigaan, dan perasaan saling rindu
Aku masih menanti cinta mu di sini, sama seprti kamu menanti jawabanku dulu
Yang ada kini hanya cerita hangat antara kau dan aku
Aku tau masih ada cinta di hati mu
Ku masih melihat tatapan hangat dan penuh makna itu
Hati yang tergenggam dan berbalutkan cinta kasih mu
Aku rindu masa itu Sekarang, puing kenangan itu masih setia ku jaga
Hingga nanti, sampai kau temukan aku masih ada di dalam hati mu.



Sabtu, 11 Mei 2013

rindu sangat !!!

assalamualaikum !!!!
hai semua...






RINDU SANGAT-SANGAT tau !
nak tahu rindu apa ?
rindu nak update blog la.. dah lama tau saya tak buat entry baru mana taknya busy kata kan
#busy buat apa la kan

actually saya dah lama nak update tapi macam2 halangan datang for example
#dah macam nak buat study jew

contohnya macam bila bukak jew laptop kecik nie mesti line takde
eiii!!!!
bencinya......!! time2 macam nie pulak line tak ada..
semalam nak on blog tapi tunggu punya tunggu still lagi lodding so terus patah kan niat nak on blog
#patahkan niat ? ada ke dalam kamus dewan ? kalau tak ada tu mesti orang yang buat tu lupa nak letak tu

pagi tadi on laptop kecik nie still lagi lodding bila on blog sekali lagi i so sad..
terus ambik keputusan nak tidur la..
nak tenangkan hati ynag sedang berduka lara nie
#saya sedih nie tau..*mengesat air mata*

masa nak tidur tadi hati rasa tak tenang jew.. asyik ingat NAK UPDATE !! NAK UPDATE !!
dengan keizinan Tuhan petang nie line okay la sikit so apa lagi jari2 sekarang nie sedang bercerita.. hehe
nak baca buku puntak boleh asyik ingat BLOG10..hehe

so rindu intan hari nie terubat a sikit
berceloteh panjang2 korang ingat tak esok hari apa ????
korang tak lupakan ?
yang pasti bukan birthday saya.. cause saya tahu mesti ada yang guess birthday saya kan ?
#perasan kejap

actually tomorrow is...........................
mother day !!!!!!!!!
so apa yang korang prepare for celebration ?
i'm know mesti gempak kan
okay la sampai sini jew la
kalau saya ada story kita bertemu lagi


it's over!!!!